Analisa Jumlah Penamaan Calon

Analisa Jumlah Penamaan Calon

Thursday, January 14, 2010

BIDANG TUGAS EXJO JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR


PILIHAN RAYA KAMPUS
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


Bidang Tugas Ahli Exco JPP

Tugas Utama Ahli Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Merancang dan mengendalikan program pelajar ke arah membudayakan
1. Budaya Ilmu
2. Gaya Hidup Sihat
3. Kepimpinan
4. Berakhlak Mulia
5. Profesional
6. Estetika
7. Penyayang


Tugas Khusus Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Yang Dipertua
• Mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Memantau mesyuarat bulanan biro Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menerima dan memanjangkan arahan pihak pentadbiran
• Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pentadbiran dan pelajar.
• Menjaga kebajikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pelajar IPGM.
• Membantu pihak pengurusan IPG memantau disiplin pelajar
• Menjadi penghubung antara pentadbiran dengan pelajar dan antara pelajar dengan pentadbiran.
• Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat wakil pelajar IPGM

Naib Yang Dipertua
• Memangku tugas YDP
• Menjaga kebajikan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan pelajar
• Bertindak sebagai jawatankuasa perhubungan dengan JPP IPG lain di Malaysia.
• Menjaga kebajikan ketua-ketua unit PISMP, PPISMP dan KPLI
• Mengawasi perjalanan aktiviti setiap exco dan program institut
• Menerima arahan dari YDP dan pihak pentadbiran


Setiausaha Agung
• Menguruskan urusan surat menyurat
• Menyediakan surat jemputan mesyuarat bulanan/ tergempar atas arahan YDP
• Menyediakan laporan bulanan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Minit Mesyuarat
• Menyediakan kertas kerja aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Bendahari Agung
• Menguruskan segala urusan berkaitan kewangan
• Merancang pengurusan dan sumber kewangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menubuhkan badan tindakan ekonomi JPP
• Menguruskan kewangan setiap aktiviti yang dirancang dan dijalankan oleh JPP
• Menyediakan laporan kewangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menguruskan dan memaklumkan pelajar berkaitan biasiswa pelajar
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Tugas Khusus Barisan Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Exco & Naib Exco Biro Agama, Kerohanian Dan Moral
• Pengerusi melantik dan menubuhkan jawatankuasa biro dan badan tindakan nuqaba’.
• Mewujudkan jawatankuasa kecil yang melibatkan semua pelajar (Islam dan Bukan Islam)
• Merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dan moral
• Mengimarahkan dan membersihkan Balai Islam Al-Muttaqin
• Membudayakan akhlak mulia dalam kalangan pelajar
• Menerima arahan dari pihak YDP dan NYDP JPP.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan

Exco & Naib Exco Biro Kebajikan Dan Sosial
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Mengurus segala urusan berkaitan kebajikan pelajar
• Menguruskan aduan pelajar
• Merancang dan laksanakan aktiviti pelajar melibatkan kebajikan pelajar
• Menguruskan kutipan derma kilat dan tabung kebajikan pelajar
• Mengurus, merekod dan mengambil tindakan laporan sistem pesanan ringkas (sms) dan aduan pelajar dalam talian (blog) JPP
• Mengurus dan menyelia perkhidmatan bas ke stesen bas MBKT dan lain-lain destinasi mengikut keperluan
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Exco & Naib Exco Biro Teknologi Maklumat dan Multimedia
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Mengendalikan bilik komputer milik jawatankuasa perwakilan pelajar dari segi perlaksanaan operasi, baik pulih, kewangan dan sebagainya
• Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan teknologi maklumat dan multimedia
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Membudayakan teknologi maklumat (ICT) dalam kalangan pelajar
• Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti bulanan dan tahunan biro
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Exco & Naib Exco Biro Sukan Dan Rekreasi
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Menguruskan semua perkara berkaitan sukan seperti Merentas Desa, kejohanan olahraga tahunan dan sebagainya
• Membantu dalam pengurusan KAGUM bersama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum
• Mengurus dan menyelia perjalanan perhimpunan pagi dan senaman pagi
• Mengurus dan menyelia penyertaan pelajar dalam kejohanan-kejohanan sukan dalam dan luar kampus
• Membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan Biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP



Exco & Naib Exco Biro Kolej Kediaman
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Menguruskan perjumpaan penghuni kolej kediaman
• Membuat pengumuman di kolej kediaman
• Menjalankan gotong-royong wajib pada setiap semester dan keceriaan kolej kediaman
• Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di kolej kediaman
• Merancang dan menjalankan aktiviti penghuni kolej kediaman pada sepanjang minggu perkuliahan dan hujung minggu.
• Menguruskan dan menyelia penyerahan dan pemulangan kunci pada setiap cuti semester
• Mengurus dan menyelia perkhidmatan bas pada setiap hari Jumaat (Solat Jumaat)
• Membudayakan budaya hidup penyayang dalam kalangan pelajar
• Menyediakan rekod pemilik basikal dan mengurus basikal seperti dalam surat arahan Pengarah
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP



Exco & Naib Exco Biro Penginapan Luar
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Mengumpulkan data / maklumat pelajar yang menginap di luar kampus
• Menguruskan perjumpaan pelajar yang menginap di luar kampus
• Menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar di luar kampus
• Membantu menyediakan kemudahan penginapan luar kampus untuk pelajar
• Menerima dan menguruskan laporan dan aduan pelajar berkaitan penginapan luar kampus
• Membudayakan budaya hidup penyayang dalam kalangan pelajar (bersama Biro Kolej Kediaman)
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP


Exco & Naib Exco Biro Perhubungan Dan Penerbitan
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Mengurus dan menerbitkan majalah tahunan institut dan risalah bulanan (Wadah JPP)
• Menghebah dan menerangkan segala aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan institut kepada pelajar melalui bahan cetakan seperti risalah, dan lain-lain alat komunikasi.
• Menjalankan sesi fotografi dan rakaman untuk majalah, risalah dan dokumentasi aktiviti pelajar
• Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk membudayakan budaya profesional dalam kalangan pelajar
• Mengurus dan menyelia penerimaan surat tidak rasmi pelajar
• Mengurus dan menyelia papan kenyataan, laman sesawang dan blog JPP
• Merancang dan melaksanakan aktiviti exco.
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP

Exco & Naib Exco Biro Kebudayaan Dan Kesenian
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Merancang dan menjalankan aktiviti ke arah membudayakan budaya estetika dalam kalangan pelajar dalam masa yang sama tidak mengabaikan unsur seni dalam budaya masyarakat Malaysia
• Menguruskan perhimpunan bulanan institut, jamuan perdana, dan acara keramaian seperti Hari Guru, Bulan Kemerdekaan, KAGUM Kebudayaan dan lain-lain
• Mengurus dan menyelia aktiviti kebudayaan pelajar
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP



Exco & Naib Exco Biro Hal Ehwal Wanita
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Menjaga kebajikan pelajar wanita dan merancang aktiviti melibatkan aspek kewanitaan
• Melaksanakan tugas-tugas khas berkaitan JPP
• Mengurus dan menyelia hal ehwal kafetaria dan koperasi
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP



Exco & Naib Exco Biro Akademik dan Kepimpinan
• Mewujudkan jawatankuasa kecil
• Bertindak sebagai platform rasmi urusan peperiksaan, praktikum dan Pengalaman Berasaskan Sekolah serta pusat sumber dengan unit-unit pentadbiran berkaitan.
• Membantu jabatan-jabatan akademik untuk menganjurkan aktiviti jabatan berunsurkan subjek akademik.
• Mentadbir dan memantau tugasan Ketua-ketua unit bagi setiap ambilan.
• Merancang aktiviti ke arah membudayakan budaya ilmu dan kepimpinan.
• Menguruskan Majlis Anugerah Pengarah untuk pelajar cemerlang.
• Merancang dan melaksanakan aktiviti biro
• Menyediakan dan mengedar taqwim akademik tahunan/semester untuk pelajar
• Merancang dan mengadakan perbincangan, seminar, mesyuarat, perjumpaan dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada ketua unit.
• Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan untuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
• Menjalankan mesyuarat bulanan biro dan menyediakan minit mesyuarat
• Menyediakan laporan aktiviti biro bulanan dan tahunan
• Mengawasi perjalanan aktiviti setiap unit dan program institut
• Menerima arahan dari YDP dan NYDP

1 comment:

  1. Las Vegas Casinos 2021 - JTM Hub
    Find 목포 출장샵 the 상주 출장안마 best and newest casino 하남 출장마사지 games at the best casino near you! Discover slots, table 상주 출장마사지 games, poker & live dealer games in our video slots at 안동 출장안마 Jammy

    ReplyDelete

Followers